Tuesday, June 16, 2009

Gaharu:Pekebun kecil boleh dapat RM1.8 juta

RKIB : 20/01/2009


Gaharu: Pekebun kecil boleh dapat RM1.8j

GOPENG 19 Jan. - Pekebun-pekebun kecil getah dan kelapa sawit mampu memperoleh hasil sehingga RM1.8 juta dalam tempoh sekurang-kurangnya tujuh tahun jika mereka berminat menanam pokok gaharu di kebun masing-masing.
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Senator A. Kohilan Pillay berkata, buat masa ini satu kajian rapi mengenai perkara itu sedang dijalankan supaya golongan pekebun kecil tidak terlalu bergantung kepada hasil getah dan sawit.
''Saya dimaklumkan pokok gaharu mempunyai nilai yang sangat tinggi dan dengan hanya menanam 400 pokok bagi setiap 0.4 hektar pekebun kecil boleh dapat hasil sebanyak RM1.8 juta.
''Tanaman pokok gaharu yang sudah mencapai usia tujuh hingga sepuluh tahun mempunyai nilai antara RM5,000 hingga RM20,000 sepokok kerana semua bahagian pokok itu boleh digunakan untuk pelbagai produk," katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas melawat ladang gaharu milik Gaharu Technologies Sdn. Bhd. seluas 113 hektar di sini hari ini.
Ia merupakan ladang gaharu berskala besar pertama di negara ini setelah menerima permintaan tinggi daripada pasaran termasuklah syarikat minyak wangi terkemuka di Asia Barat iaitu Ajmal.
Kohilan berkata, antara kegunaan pokok gaharu adalah untuk menghasilkan produk minyak wangi, ubat-ubatan, teh hijau dan kosmetik yang mempunyai pasaran cukup meluas di seluruh dunia.
Katanya, jika sebelum ini pokok gaharu hanya boleh didapati di kawasan hutan tetapi kerajaan sudah membenarkan orang ramai mengusahakan tanaman itu secara komersial.
Justeru, katanya, agensi-agensi berkaitan terutamanya Lembaga Getah Malaysia telah diarah untuk membuat kajian terperinci bagaimana usaha itu boleh dilaksanakan.
''Kita perlu membuat kajian terperinci bagaimana pokok gaharu ini boleh ditanam di kawasan kebun getah dan sawit di seluruh negara supaya pekebun kecil tidak terlalu bergantung dengan satu tanaman sahaja.
''Jika ini boleh dilaksanakan kita sangat yakin jumlah pendapatan golongan pekebun kecil akan meningkat dengan mendadak dan tidak terjejas sekiranya harga getah dan sawit jatuh merudum," katanya.

taken from utusan on line http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_17.htm

Sunday, June 7, 2009

Harga Pokok Gaharu/depu yg terbaik!

Assalamualaikum di sini kami ada membekal benih gaharu yg mempunyai harga yg terbaik di pasaran,harga ini tidak termasuk kos penghantaran (jika pesanan melebihi 500 pokok tiada sebarang kos penghantaran dikenakan!)

1. 2 kaki setengah =RM6
2. 4 kaki setengah = Rm7
3. 5 kaki setengah =RM8
4. 6 kaki = RM9

sila hubungi kami di talian 0192186071 untuk membuat tempahan :D Cepat cepat sebelum kehabisan!

Tuesday, June 2, 2009

Harga Pokok Geharu/depu yg terbaik!

Assalamualaikum semua

seperti yg kita ketahui ubaidotech agrotech sememangnya pembekal kepada pokok gaharu/depu esok kami akan memberikan harga yg terbaik bagi mereka2 yg mahu membeli pokok ini dengan kami,tunggu esok!