Tuesday, April 15, 2008

geharu

Pengenalan Pokok Karas ( Pokok Gaharu )
Aquilaria spp. adalah pokok dalam family Thymelaecae.
Pokok yang telah matang akan membesar sehingga 40 meter tinggi dan berdiameter 40cm.

Pokok Karas di hutan semulajadi mula mengeluarkan resin gaharu pada usia 20 hingga 45 tahun, bergantung pada ketahanan pokok dan tindakbalas kecederaan pokok.

Terdapat 15 spesis dari genus Aquilaria mempunyai nilai komersil yang tinggi. Malaysia sendiri mempunyai 5 spesis yang amat berkualiti iaitu Aquilaria Hirta, A. Malaccencis, A. Beccariana, A. Rostrata dan A. Microcarpa.

Hidup di kawasan tanah pamah sehingga ketinggian 750 m dari aras laut, dan memerlukan taburan hujan dan kelembapan yang tinggi.

Pokok Karas merupakan spesis di bawah CITES Appendix II, merupakan spesis terancam kerana kepupusan populasinya. Gaharu digunakan dalam industri minyak wangi, produk perubatan, perubatan Ayurvedic, majlis keagaamaan dan sebagainya.


Senario di dalam Industri Gaharu
Permintaan untuk gaharu semakin tinggi walaupun pengeluaran semakin berkurangan, menyebabkan harganya semakin meningkat setiap tahun.

Kebanyakan gaharu dieksport kepada pemborong-pemborong di Singapura, Timur Tengah, Hongkong dan Taiwan.

Harganya boleh mencecah sehingga RM 14 - 18 ribu sekilogram untuk gred Double Super. Malahan, harga pasaran untuk minyak gaharu juga amat tinggi iaitu sehingga RM45 ribu / kg. (kaedah penggredan kualiti kayu dan minyak masih belum dipiawaiankan dan bergantung kepada penjual dan pembeli).

Asia Tenggara mengeksport gaharu bernilai RM48.3 million ke Arab Saudi dan bekalan hanya memenuhi 20% daripada permintaan pasaran.(sumber: TRAFFIC International 2002)

Buat masa ini, kebanyakkan gaharu dikeluarkan daripada hasil hutan dan amat terhad. Tanpa penanaman semula, spesis ini akan terus diancam kepupusan disebabkan aktiviti pengambilan gaharu

Penanaman gaharu di Malaysia masih baru dan belum popular, tetapi di negara lain seperti Indonesia, Thailand dan Kemboja sudah lama diusahakan. Malah ia mendapat sokongan yang amat kuat daripada pihak agensi kerajaan mereka dari segi modal dan teknologi.

Penggalakan Penanaman Gaharu Secara Ladang
Penanaman pokok karas sesuai dijalankan di
1. Tanah terbiar
2. Kawasan rezab hutan simpan
3. kawasan pembalakan yang telah diterokai.
4. Dijalankan secara pertanian hutan ladang dan diintergrasikan dengan pelbagai tanaman lain seperti herba dan tanaman komoditi.

Dapat menjana hasil ekonomi masyarakat setempat dan negara dalam bentuk eksport.
Dapat menghijaukan bumi dan megurangkan pencerobohan kawasan hutan
Perusahaan tanaman gaharu secara komersial amat digalakan kerana hasil yang diperolehi adalah sangat lumayan dan merupakan satu pelaburan,Yang terjamin.Harga gaharu adalah konsten kerana permintaan antarabangsa yang telah lama sebati di dalam pelbagai tradisi dan budaya berbagai bangsa seluruh dunia.

dipetik dari jasben plantation

No comments: